Asal Usul Peribahasa

BAGAI MAYANG MENOLAK SELUDANG
          Mayang ialah bunga pokok palma seperti kelapa atau pinang, manakala seludang ialah kelopak yang melindungi mayang ketika masih muda. Apabila mayang telah matang, seludang yang melindunginya akan ditolak sehingga seludang itu pecah dan bebaslah mayang daripada kongkongan seludang itu.
 Keadaan ini menunjukkan bahawa mayang yang telah melupakan seludang apabila bunganya sudah matang dan berkembang dengan memecahkan seludang yang menjaganya selama ini. Hatta, bersesuaianlah peribahasa ini bermaksud orang yang melupakan jasa orang yang telah memeliharanya sejak kecil.

      Keadaan bunga kelapa (mayang) yang mengurai juga diberi persamaan dengan rambut yang ikal dan mengurai. Contohnya rambut mayang mengurai dan rambut ikal mayang.

1 ulasan:

Unknown berkata...

Boleh saya guna gambar Seludang untuk memperkenalkannya dalam buku?